31 May 2012

Pergi times square dengan kawan-kawan lama :)

Hari ni memang seronoklah, tadi sebelum pergi times square aku dengan ahmad pergi makan kat kedai thaqwa prima. pastu kita orang gerak lrt gombak. lepas turun je kat Dang Wangi, nak carik monorel . pastu sesat pula, mula-mula tanya orang kat kedai basikal die cakap jalan je terus. kita orang jalan terus pun tak jumpa, pastu tanya kat polis. dia cakap belakang pula, dah jalan belakang pun tak jumpa akhir sekali jumpa kakak ni tanyalah, nasib dia baik pergi tunjuk monorel kat mana. lepas je kite orang naik monorel tu turun kat Bukit Bintang, pastu masuk Sungai Wang. Yang aku pelik tiba-tiba ahmad tanye kat lelaki ni 'theme park kat mana?' aku duduk belakang pelik je. Selepas itu lelaki tu cakap turun bawah, lepas je turun bawah ahmad dah pening dah. Aku ajak dia pergi tanya orang lain kat mana times square dia tak nak, lepas tu akhir sekali nak juga. Dah tanya pakcik ni dia cakap keluar pergi kat bangunan tu, ahmad terus diam je sebab aku betul. Hahaha, bangga aku. Dah sampai kat Times Square, first kita orang naik rooler cooster dulu, mula-mula aku takut juga nak naik sebab first time naik rooler cooster kat sini. first time naik takut sikit lepas tu tiba-tiba rasa mencabar pula, aku ajak ahmad naik lagi sekali sementara tunggu aisyah dengan afiqah datang. diorang kata nak datang pukul 11, lepas tu 12, 1, 2, 3 baru diorang sampai. semua benda kita orang dah main. lepas ni nak gerak sunway pula. Balik daripada Times Square aku dengan ahmad makan MC'D kat sri gombak :) sedap doh, balik rumah pukul 9. serious penat, dah la mengantuk pula. Good night, assalamualaikum :D

No comments:

Post a Comment