When you love someone so much, then that person rejects that love. All you feel is an enormous pain inside you & you'll try and make like everything is all right, but you really crying inside, wondering why this is happening.. aiman pun tak nak paksa orang. aiman pun tahu memang kebanyakkannya semua salah aiman, dahlah tak apalah.. buat masa sekarang, aiman rasa lebih baik bersendirian daripada aiman layan sesiapa. Sekarang pun aiman dah tak ada rasa langsung nak cari seseorang untuk jadi teman aiman, hati ni dah macam tak ada perasaan :') i'm sorry but i'm done with all of this, i'm totally sad. so, i just want to be alone right now :'(
7 November 2013
Suatu hari nanti..
Suatu hari nanti, semua orang akan tinggalkan kita walaupun kita tak pernah terfikir siapa orang tu dan kita pun tak akan pernah jangka siapa yang akan tinggalkan kita dulu. mungkin ayah atau ibu? tapi yang penting, kita kene jaga amalan kita.. walaupun solat kita tak sempurna, cuba belajar untuk sempurnakan. Biar pun kita gagal dalam mana mana ujian, cuba untuk belajar dari kegagalan.. Mungkin dalam usia kita yang masih muda ni, kita tak pernah terfikir pasal masa depan kita sebab kita terlalu leka dengan hidup yang kita nikmati sekarang. Walaupun kita kaya, tapi kekayaan tanpa pelajaran, akhirnya miskin juga.. Semua yang aku bagitahu ni, semua benda yang aku fikir dalam hidup aku.. aku cuma nak masa depan aku sempurna, aku sentiasa dengar semua nasihat yang ayah aku bagi "Bila time enjoy, kita enjoy. Tapi bila time study, kita study." Senangkan? :)
2 November 2013
Double II A.K.A Tinker bell, Haha baca tau? :)
Awak tahu tak, apa jadi bila dah lama sangat kita tak cakap dengan orang yang paling kita nak cakap? Hahaha, ia akan membuatkan seseorang itu rindu akan "seseorang" yang dimaksudkan.. Cuba fahamkan ayat tadi eh? :) Macam tu jugalah aiman rasa bila aiman dah lama tak cakap dengan "Si comel" aiman (: hehehe, Kalaulah aiman dah ada phone or something yang boleh buat kita berborak ke apa apa jelah.. dah lama aiman buat, Esok aiman nak beli tiket wayang untuk kita.. tapi aiman tak tahu macam mana nak bagitahu awak. Hmm... maybe i'll call you? Hahaha, tu pun kalau jawablah. it's ok, Nanti aiman pinjam handphone mama aiman :)
30 October 2013
This is my life story.
Banyak perkara yang aku dah belajar dalam hidup aku. Manusia memang tak akan berubah untuk seseorang melainkan itu yang dia inginkan dan manusia juga sentiasa akan menghargai seseorang bila seseorang yang dia sayang mula pergi dalam hidup dia.. Memang susah nak lepaskan seseorang yang kita sayang dalam hidup ni tapi itu yang kita kene buat untuk teruskan hidup.. Tapi percayalah, selagi hati kita masih ada perasaan terhadap seseorang, selagi itulah kita tak akan dapat nak lupakan dia.. Aku dah cuba, tapi setiap kali aku nampak kau bersedih. aku terasa macam aku yang buat kau macam tu, mungkin bila aku ada depan kau.. aku tak pandai nak cakap dengan kau sebab tu semua soalan yang pelik keluar bila aku dah ada depan kau sedangkan bila kau tak ada dengan aku, macam macam soalan aku nak tanya kau. tapi bila dah ada depan kau, semua soalan tu hilang.. Aku dah tak marah kat kau dan aku pun dah maafkan kau, kalau boleh aku nak bagitahu kau ni. tapi.. aku tak boleh ): aku cuma harap kau dapat baca apa yang aku tulis ni.
Kawan tak akan sentiasa jadi kawan.
Kadang-kadang bukan semua orang akan sukakan kita, mungkin kita ada ramai kawan tapi bukan semuanya suka kawan dengan kita. kadang-kadang mereka hanya berpura-pura untuk kawan dengan kita tapi dalam masa yang sama, mereka juga ingin menjatuhkan kita..
6 June 2013
This post is just for Nur Izzah Izzati :') I'm Sorry..
Bila Aiman sedih, Aiman selalu baca semua conversation kita. Sebab dalam conversation tu, ada banyak benda yang Aiman suka dan dalam tu jugalah Aiman baru kenal Izzah... Setiap kali aiman gaduh atau tak bertegur dengan izzah, mesti aiman cari conversation kita yang lama. kadang kadang tengok juga semua gambar gambardan video video izzah. Aiman rasa gembira bila dapat tengok orang yang Aiman sayang gembira tapi dalam kegembiraan itu pasti ada kesedihan :') Sekarang, Aiman cuma nak bersendirian. Aiman nak tahu, apa izzah buat bila aiman tak ada dengan izzah waktu malam malam macam ni. Aiman nak tengok siapa yang akan temankan izzah dan siapa yang akan izzah layan.. Aiman tak nak marah izzah cuma sebab perkara kecil, macam yang izzah cakap. betul tak? Sebab aiman tak sanggup nak tengok muka izzah dan aiman tak nak buat izzah sentap dengan semua kata kata aiman . kadang kadang aiman rasa bersalah sangat dengan izzah :( Sebab bagi aiman, izzah ialah perempuan yang lembut dan setia. Jadi aiman tak boleh nak buat izzah sedih or anything. Cuma izzah seorang je perempuan yang aiman sayang dan fikir bila aiman berseorangan macam ni. Aiman mesti fikir pasal izzah, Izzah buat apa, dah tidur ke belum, dah makan ke, menangis ke, tak boleh tidur ke, izzah ada layan mana mana lelaki ke kat wechat tu... Haihh, Aiman ni terlalu sibuk nak tahu pasal izzah kan? Aiman minta maaf izzah, kalau izzah rasa rimas dengan semua perangai aiman ni. Aiman tahu aiman terlalu kuat cemburu.. Aiman tak boleh nak ubah apa apa :( Mungkin suatu hari nanti kita akan berpisah, aiman cuma nak izzah jaga diri izzah baik baik. Aiman minta maaf sebab aiman banyak sakitkan hati izzah :')
1 May 2013
My Story
Untuk faham perasaan seseorang adakalanya susah dan ada juga yang senang. Setiap manusia mempunyai cerita yang berbeza, mungkin kita pernah alami tetapi kita tak akan faham bahawa semua cerita berbeza situasi... Aku tak mengharap orang akan faham perasaan aku cuma aku nak seseorang yang aku boleh ceritakan semua masalah dan perkara yang aku nak bagitahu.Aku memang dah berpunya dan aku ada kawan baik perempuan.Tapi dalam hidup aku, aku harap sangat yang kekasih aku boleh jadi kawan baik aku. Aku nak dia sorang je tahu masalah aku.Tapi aku tahu dia memang tak akan boleh jadi kawan baik aku, kadangkala aku cuba untuk pujuk dia untuk memberitahu aku masalah dia tapi dia tak pernah bagitahu masalah dia kat aku sampailah aku dapat tahu.Memang kadang-kadang aku sedih tetapi itulah kenyataannya dan sekarang aku mula cuba jaga dia dengan baik dan hargai dia selagi dia dengan aku :')
28 March 2013
Untuk awak, saya sanggup...
Aku Sedar, Aku Bukanlah Macam Lelaki Yang Kau Nak.
Aku tak boleh nak jadi macam lelaki yang dia nak, aku cuba buat tapi bila aku buat aku rasa semangat aku hilang bila dia asyik sebut nama lelaki tu. aku rasa macam .... Aku sedar aku bukanlah kurus macam lelaki yang dia nak tu, aku bukanlah handsome macam lelaki tu. Aku tahu semua tu, aku sedihhh doh bila fikir pasal masalah ni... aku sayang dia :'( Tapi dia buat aku macam ni...
Aku cuba jaga dia dengan baik, kalau aku ditakdirkan berkahwin dengan dia. aku terima seadanya, Tapi aku rasa aku ni macam tak sesuai dengan dia... Lagi pun dia suka jugak dengan lelaki lain, Kadang-kadang aku rasa dia langsung tak ambil berat pasal aku... Banyak benda yang aku kene tahan bila dengan dia, tapi bukan semua aku kene mengalah je. Aku pun ada perasaan jugak, kalau aku ni anak patung yang tak ada perasaan, aku tak kesah. Aku tak nak sejarah aku yang lepas berulang lagi :'( Aku dah rasa macam mana dipermainkan 3 kali dengan perempuan... aku dah cukup serik nak percaya perempuan lagi, kalau boleh aku nak dia yang terakhir untuk aku...
Hari ini aku dah 4 bulan 18 hari dengan Nur Izzah Izzati. Selama aku dengan izzah bercinta, kadang-kadang aku rasa macam bodoh sebab couple dengan dia. aku sayang kat dia tapi cara dia layan aku macam aku ni tak ada apa-apa dengan dia, Dulu Aiman Rahman sekarang Hakim Rahman pulak... Semua lelaki pasti akan marah kalau kekasih dia sebut nama lelaki yang perempuan tu minat depan lelaki tu kann? Dia buat kat aku macam aku ni tak ada perasaan, dia cakap macam tak ada apa-apa je. Dalam hati aku hanya allah saja yang tahu betapa sakitnya hati aku masa tu :( Aku tak tau nak buat apa, aku rasa sedih sangat bila dia buat aku macam ni.. kadang-kadang aku cuma anggap ini semua karma sebab dulu aku selalu permainkan perasaan perempuan... Tapi aku dah berubah, aku dah tak buat semua tuu :'(
Subscribe to:
Comments (Atom)

