1 May 2013

My Story

Untuk faham perasaan seseorang adakalanya susah dan ada juga yang senang. Setiap manusia mempunyai cerita yang berbeza, mungkin kita pernah alami tetapi kita tak akan faham bahawa semua cerita berbeza situasi... Aku tak mengharap orang akan faham perasaan aku cuma aku nak seseorang yang aku boleh ceritakan semua masalah dan perkara yang aku nak bagitahu.Aku memang dah berpunya dan aku ada kawan baik perempuan.Tapi dalam hidup aku, aku harap sangat yang kekasih aku boleh jadi kawan baik aku. Aku nak dia sorang je tahu masalah aku.Tapi aku tahu dia memang tak akan boleh jadi kawan baik aku, kadangkala aku cuba untuk pujuk dia untuk memberitahu aku masalah dia tapi dia tak pernah bagitahu masalah dia kat aku sampailah aku dapat tahu.Memang kadang-kadang aku sedih tetapi itulah kenyataannya dan sekarang aku mula cuba jaga dia dengan baik dan hargai dia selagi dia dengan aku :')

No comments:

Post a Comment